NurFantz Fan Clubz (NFC)

Ini adalah laman group bagi kumpulan nasyid Nurfantz.Ia adalah sebagai medan untuk mengenali kumpulan nasyid kelahiran SMU (A) Maahad Muhammadi Lelaki KB, Kelantan. Ia juga adalah sebagai tempat untuk mempromosi kumpulan nasyid ini agar lebih dikenali.
 
HomeHome  PortalPortal  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  Log inLog in  

Share | 
 

 Kesilapanku bukan dosamu wahai Anak...

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
lisawan23
Moderator
Moderator
avatar

Female
Number of posts : 22
Age : 37
Tempat Tinggal : Singapura
Pelajar/Bekerja/Penganggur : Setiausaha
Registration date : 2008-03-05

PostSubject: Kesilapanku bukan dosamu wahai Anak...   Thu Mar 06, 2008 9:23 am

Kesilapanku bukan dosamu wahai Anak...

---------------------------------------------------------------

Tergenang air jernih di birai matanya yang lesu mengharukan
Sinaran yang terpancar di bola matanya membawa pengertian
Jejari halus yang menggapai-gapai di dalam kelembutan
Mencari sentuhan dan belaian seorang insan
Tubuh yang kecil menggiggil kesejukkan
Dek dibiarkan sendirian bertemankan sepi kesunyian
Dengan mengamit erat cebisan kain yang ditinggalkan
lalu jauh dia terlena dibuai bayu yang bertiupan
Terangnya bulan baginya tiada perbezaan
Kerdipan bintang seolah-olah bagaikan selimut dalam kedinginan
Biarpun perit mata dipancar sinaran mentari yang berkilauan
namun tidak sedikit pun yang dihiraukan
Kerana baginya, dia masih menanti dengan seribu harapan
akan kehadiran seorang insan
yang bakal menjaga dan membimbing dia dari bahaya dan kejahatan
Bahaya dunia yang bakal dia lalui kelak di masa hadapan
Kejahatan dunia yang bakal mengheret dia jauh dari Tuhan
Sungguhpun demikian...
Belum sempat dia melihat wajah insan yang diimpikan
Belum sempat dia mengenal erti kehidupan
Harapannya sudah hancur berkecaian
Insan yang diimpikan tidak berkunjungan
Sebaliknya dia masih tetap menanti tanpa kepastian
Kehadirannya yang sepatutnya membuka sesebuah lambaran
yang begitu bermakna di dalam kehidupan
kini kian tinggal menjadi kenangan
Mengapakah dia yang harus dipersalahkan?
Walhal kesalahan itu atas dasar nafsu dunia yang tiada batasan
Mengapakah dia yang harus dijatuhkan hukuman?
Hukuman yang sepatutnya dijatuhkan pada mereka yang memulakan kesilapan
Sekali lagi wajahnya terpampar di muka depan
setiap majalah, suratkhabar dan media cetakkan
menggambarkan bukti manusia dan kejahilan
serta kesilapan mereka ekoran genjala maksiat semalaman
Apabila sudah terlaksana nafsu bisikkan iblis dan syaitan
Dosa dan pahala sudah tidak menjadi pertimbangan
Darah daging sanggup mereka korbankan
demi menutupi tiraian kesilapan dan kesalahan
tanpa rasa belas dan kasihan
walaupun berat di dalam kandungan
namun itu tidak menjadi persoalan
asalkan mereka tidak perlu menanggung malu di masa hadapan
malah tanggungjawab yang dianugerahkan itu dianggap beban
Aduh...
Andai sahaja mereka tahu betapa besarnya kurniaan Tuhan
Andai sahaja mereka dapat melihat kenikmatan
yang terselindung di sebalik tanggungjawab yang mereka katakan beban

- coretan 15/02/2000

_________________
Back to top Go down
View user profile
 
Kesilapanku bukan dosamu wahai Anak...
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Anzo-sama GFX Shop!

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
NurFantz Fan Clubz (NFC) :: Sudut Santai :: Sudut Karya-
Jump to: