NurFantz Fan Clubz (NFC)

Ini adalah laman group bagi kumpulan nasyid Nurfantz.Ia adalah sebagai medan untuk mengenali kumpulan nasyid kelahiran SMU (A) Maahad Muhammadi Lelaki KB, Kelantan. Ia juga adalah sebagai tempat untuk mempromosi kumpulan nasyid ini agar lebih dikenali.
 
HomeHome  PortalPortal  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  Log inLog in  

Share | 
 

 Hijjaz semarak Maulidur Rasul

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Lieza
Moderator
Moderator


Female
Number of posts : 185
Age : 32
Tempat Tinggal : KLCC
Pelajar/Bekerja/Penganggur : Invoice clerk
Registration date : 2008-02-29

PostSubject: Hijjaz semarak Maulidur Rasul   Thu Mar 06, 2008 9:09 am

Di bawah anak syarikat Hijjaz Records Sdn Bhd (HRSB), kumpulan yang dianggotai Isman Nadim Isam (ketua kumpulan), Munif Ahmad, Mohd Faizal Osman dan Muhammad Ariffin Ahmad Rahim ini menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul dengan gaya baru yang lebih interaktif.

Berbeza dengan rancangan terbitan stesen televisyen biasa yang hanya memaparkan selawat dan bual bicara, rancangan Selawat Nabi ini menampilkan alunan enam lagu selawat untuk tatapan penonton.

Menurut Isman, penerbitan program televisyen ini seiring dengan sedekad berdirinya Hijjaz di persada seni tanah air dan dilihat sebagai usaha terbaru meluaskan empayar bisnesnya selepas kejayaan projek Jom Pergi Umrah.

“Penerbitan program Selawat Nabi ini bolehlah dianggap sebagai usaha kerdil kami untuk menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul dengan cara baru yang sesuai dengan semua peringkat umur.

“Kalau sekadar selawat biasa, ia mungkin hanya menarik minat segelintir pihak saja dan terhad kepada mereka yang berada di kampung dan sering ke surau. Tetapi dengan penerbitan program ini, pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira usia dapat menontonnya di mana saja mereka berada.

“Dengan alunan enam selawat iaitu Ahmad Ya Habibi, Rasulullah, Ya Rasulullah, Nawwir Qulub, Solla'Alaikallah dan Allahumma Salli'ala Muhammad, kami harap masyarakat dapat menikmati keindahan alunan hiburan alternatif ini dengan irama yang lebih segar dan lekat di hati.

“Menonjolkan kelainan, rancangan ini turut diserikan penceritaan sirah oleh ustaz Uda Kassim yang memfokuskan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w dalam menegakkan syiar Islam,” katanya sewaktu rakaman Selawat Nabi di Kompleks Taman Seni Islam Selangor, Shah Alam baru-baru ini.

Tambahnya lagi, program yang dianggap ‘mini showcase’ ini amat istimewa kerana julung kali diadakan kumpulan nasyid itu sendiri untuk disiarkan di kaca televisyen.

Selain menyemai rasa cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w, program ini juga bertujuan menarik golongan muda menghayati perjuangan Rasulullah dan mengaplikasikan sunnahnya dalam kehidupan seharian.

Sementara itu penerbit rancangan Selawat Nabi, Nasir Deraman, berkata penerbitan program televisyen ini disifatkan sebagai permulaan untuk HRSB menceburkan diri dalam cabang baru perniagaan di samping meneroka pasaran hiburan berteraskan produk keIslaman.
“Seiring perubahan masa, masyarakat memerlukan hiburan alternatif yang sesuai dengan semua lapisan masyarakat. Hiburan tidak semestinya muzik, tetapi sesuatu yang boleh menenangkan jiwa dan mengurangkan tekanan.

“Konsep Selawat Nabi ini amat berbeza dengan program televisyen sempena hari kebesaran Islam yang nampak stereotaip dan kurang mendapat sambutan. Jadi kami mengisi kekosongan ini dengan cara tersendiri menggunakan pendekatan serampang dua mata,” katanya yang juga Pengurus Perhubungan Awam dan Media HRSB.

Dari sudut teknikal, Nasir berkata, mereka menggunakan empat kamera termasuk satu kren untuk mengindahkan lagi paparan yang diambil. Walaupun set yang digunakan agak ringkas, ia nampak menarik dengan bantuan teknik pencahayaan.

“Dengan kekuatan vokal Hijjaz dan pemuzik iringan, Acik the percussionist, kami yakin rancangan ini akan mendapat sambutan ramai. Kami juga berharap usaha ini akan menjadi contoh kepada orang lain menyemarakkan syiar Islam dalam apa jua bentuk yang mereka mampu.

“Insya-Allah projek sulung ini tidak akan berhenti di sini saja. Jika ada rezeki kami akan meneroka peluang lain dalam penerbitan rancangan televisyen dengan menyediakan hiburan alternatif berunsur Islam.

Oleh Mohd Nasif Badruddin
Harian Metro
Back to top Go down
View user profile
Syahmanz
Admin
Admin


Male
Number of posts : 74
Age : 28
Tempat Tinggal : Kelantan
hobi : Nasyid
Pelajar/Bekerja/Penganggur : Student
Registration date : 2008-02-28

PostSubject: Re: Hijjaz semarak Maulidur Rasul   Thu Mar 06, 2008 12:31 pm

wahhh..hebat perancangan tu..bila ek NurFantz nk wak camtu gak..hik4
Back to top Go down
View user profile
Lieza
Moderator
Moderator


Female
Number of posts : 185
Age : 32
Tempat Tinggal : KLCC
Pelajar/Bekerja/Penganggur : Invoice clerk
Registration date : 2008-02-29

PostSubject: Re: Hijjaz semarak Maulidur Rasul   Tue Mar 11, 2008 4:19 pm

InsyaAllah..tak lama lagi kot..
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Hijjaz semarak Maulidur Rasul   Today at 8:23 pm

Back to top Go down
 
Hijjaz semarak Maulidur Rasul
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
NurFantz Fan Clubz (NFC) :: INTERAKSI NASYID :: INTERAKSI NASYID-
Jump to: