NurFantz Fan Clubz (NFC)

Ini adalah laman group bagi kumpulan nasyid Nurfantz.Ia adalah sebagai medan untuk mengenali kumpulan nasyid kelahiran SMU (A) Maahad Muhammadi Lelaki KB, Kelantan. Ia juga adalah sebagai tempat untuk mempromosi kumpulan nasyid ini agar lebih dikenali.
 
HomeHome  PortalPortal  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  Log inLog in  

Share | 
 

 Coklat banyak Kelebihannya..

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Lieza
Moderator
Moderator


Female
Number of posts : 185
Age : 32
Tempat Tinggal : KLCC
Pelajar/Bekerja/Penganggur : Invoice clerk
Registration date : 2008-02-29

PostSubject: Coklat banyak Kelebihannya..   Tue Mar 04, 2008 2:20 pm

Coklat sering dikaitkan sebagai makanan yang boleh menggemukkan. Malah mitos ini telah mula tersebar sejak dahulu lagi bahawa coklat boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan antaranya ia boleh menyebabakan kegemukkan, masalah penyakit kencing manis, gigi rosak dan sebagainya.

Andaian tersebut ternyata tidak benar kerana telah membuktikan sebaliknya. Kajian menunjukkan coklat tidak berkaitan dengan masalah kencing manis, gig rosak, paras kolesterol yang tinggi atau penyakit berkaitan jantung. jadi, jika anda penggemar coklat, usah risau! Ramai orang mengatakan bahawa makanan dan minuman yang diperbuat daripada koko enak, melazatkan dan memberi nikmat. Tetapi masih ramai yang tidak mengetahui khasiat-khasiat yang boleh diperolehi daripada makanan dan minuman yang berasaskan koko. Tidak dinafikan setiap makanan mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Terpulang kepada individu untuk menikmatinya tetapi dalam kuantiti yang berpatutan.

10 Fakta Menarik tentang Coklat

Arrow Coklat Tidak Menyebabkan Masalah Kerosakan Gigi

Kajian yang dijalankan oleh Universiti Osaka, Jepun mendapati koko mengandungi ejen antibakteria yang menghalang masalah kerosakan gigi. Namun begitu, kandungan gula di dalam coklat boleh menjejaskan fungsi ejen ini sekali gus menyebabkan kerosakan gigi.

Arrow Coklat Tidak Menyebabkan Masalah Jerawat

Satu kajian yang dijalankan oleh Fakulti Perubatan Pennsylvania mendapati penggunaan coklat tulen tidak memberi kesan terhadap pertumbuhan jerawat atau lain-lain masalah yang berkaitan dengan kulit. Tetapi masalah jerawat boleh berpunca daripada coklat yang menggunakan susu.

Arrow Kafein di dalam Coklat Bukan Penyebab Keresahan

Umum mengetahui bahawa koko mengandungi bahan peransang seperti kafein dan theobromine. Kuantiti bahan-bahan ini adalah kecil di dalam kandungan coklat. Kajian mendapati 1 auns (28.3 gram) coklat pahit mengandungi 5 ke 10 miligram (mg) kafein dan 10 mg kafein pada 170 mililiter (ml) cawan koko berbanding 100-150 mg kafein dalam 220 ml cawan kopi.

Arrow Coklat Tidak Menyebabkan Migrain

Walaupun masih tiada bukti kukuh yang menyokong pendapat ini, tetapi terdapat kajian menunjukkan coklat turut menjadi pendorong rasa sakit kepala terutama di kalangan pesakit migrain.

Arrow Coklat Tidak Menyebabkan Peningkatan Paras Kolesterol

Umum mengetahui coklat mengandungi asid stearik iaitu sejenis lemak nuetral yang tidak menyebabkan peningkatan kadar kolesterol tidak sihat atau LDL. Malah lemak kok dalam coklat mengandungi asid oleik, sejenis lemak koko mono tak tepu, yang juga ditemui pada minyak zaitun. Pada masa yang sama lemak koko juga mengandungi 38.2% asid oleik iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolesterol di dalam darah.

Arrow Coklat Sebagai Makanan Yang Sihat

Koko mengandungi pelbagai khasiat walaupun ia datang di dalam kuantiti yang kecil. Kajian menunjukkan sekeping coklat susu seberat 42.45 gm membekalkan 3 gm protein. Walaupun serbuk koko bukan produk utama tetapi ia juga mengandungi zat yang diperlukan oleh tubuh badan manusia termasuklah lemak, protein, kabohidrat, Vitamin A, B, D dan E. Coklat juga mengandungi asid amino yang lengkap bagi pemeliharaan protein tubuh manusia, kaya dengan Vitamin A dan D serta sumber Vitamin B seperti Tiamina, Riboflavin dan Niasin.

Arrow Coklat Tidak Bertindak Mengawal Emosi dan Tingkah Laku

Coklat dikatakan mengandungi bahan yang mengawal tingkah laku dan mood seseorang individu. Bahan ini memberi kesan seperti pengambilan dadah yang merangsang tindak balas fizikal dan psikologi. Tetapi kebenarannya adalah amat kecil memandangkan kandungan bahan di dalam coklat adalah kecil dan tidak menyebabkan tindak balas emosi.

Arrow Coklat Bukan Sebagai Punca Penyakit Jantung

Kajian Mayo Clinic, University of California, University of Scranton dan Pennsylvania State University menunjukkan coklat mengandungi bahan kimia, flavonoid, yang meningkatkan kesihatan kardiovaskular. Ia juga bertindak sebagai antioksidan yang meghalang atau melambatkan kerosakan sel dan tisu badan.

Arrow Coklat Bukan Punca Masalah Batuk Berlarutan

Ramai percaya coklat tidak baik untuk mereka yang batuk. Namun coklat berkesan untuk menghalang batuk yang berterusan. Theobromine yang terdapat di dalam coklat di dapati lebih berkesan daripada pengambilan ubat batuk. Coklat juga didapati melega dan melembapkan tekak.

Arrow Coklat Tidak Menyebabkan Barah

Coklat adalah antara makanan yang mempunyai kandungan plimbum paling tinggi. Bagaimanapun, Pihak Berkuasa Makanan dan Dadah Amerika Syarikat menyebut kandungan plumbum dalam coklat amat rendah dan tidak memberi kesan buruk sekalipun dimakan dalam kuantiti yang banyak.
Back to top Go down
View user profile
FaraH
Moderator
Moderator


Female
Number of posts : 121
Age : 24
Tempat Tinggal : SMAH PERAK
Pelajar/Bekerja/Penganggur : student
Registration date : 2008-02-29

PostSubject: Re: Coklat banyak Kelebihannya..   Fri Mar 07, 2008 11:38 pm

ramai yg ckp coklat menggemukkn tapi x sbnrnye kn....farah ade bce kat buku dia kate coklat bkn yg menyebabkn kegemukan...
ape2 pn thanks 4 info..

_________________
Jika kamu menderita kesakitan,maka sesungguhnya mereka pun menderita kesakita sebagaimana kamu menderitanya,sedang kmu mengharap dari Allah apa yg tidak mereka harapkan. An-Nisaa:104
Back to top Go down
View user profile
Lieza
Moderator
Moderator


Female
Number of posts : 185
Age : 32
Tempat Tinggal : KLCC
Pelajar/Bekerja/Penganggur : Invoice clerk
Registration date : 2008-02-29

PostSubject: Re: Coklat banyak Kelebihannya..   Mon Mar 10, 2008 8:14 am

Betul tu farah..
Itu semua mitos lama..
Itu berbalik pada cara pemakanan kita pula..
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Coklat banyak Kelebihannya..   Today at 8:25 pm

Back to top Go down
 
Coklat banyak Kelebihannya..
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Banyak Quacks...

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
NurFantz Fan Clubz (NFC) :: INTERAKSI KOMUNITI TEMAN NurFantz :: Interaksi K.T.N.-
Jump to: