NurFantz Fan Clubz (NFC)

Ini adalah laman group bagi kumpulan nasyid Nurfantz.Ia adalah sebagai medan untuk mengenali kumpulan nasyid kelahiran SMU (A) Maahad Muhammadi Lelaki KB, Kelantan. Ia juga adalah sebagai tempat untuk mempromosi kumpulan nasyid ini agar lebih dikenali.
 
HomeHome  PortalPortal  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  Log inLog in  

Share | 
 

 Hidup Kepura-puraan Telah Jadi Budaya

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Syahmanz
Admin
Admin


Male
Number of posts : 74
Age : 28
Tempat Tinggal : Kelantan
hobi : Nasyid
Pelajar/Bekerja/Penganggur : Student
Registration date : 2008-02-28

PostSubject: Hidup Kepura-puraan Telah Jadi Budaya   Thu Feb 28, 2008 6:12 pm

Zaman ini hidup kepura-puraan telah
menjadi budaya

Penyakit kepura-puraan ini hampir
semua golongan diserangnya,

tidak ada kecualinya

Terutama kehidupan orang-orang politik
apatah lagi sangat ketara

Mengajak orang bersatu, tapi sikap,
cara hidup hariannya membohonginya

Membantu orang-orang miskin konon
kasihan, dan prihatin

Sebenarnya hendak nama, glamor, agar
disokong di dalam pilihanraya

Para-para ulamak, pendakwah-pendakwah,
nampak lahirnya cintakan Allah dan
agama

Tidak dapat juga dielakkan daripada
hendak nama dan glamor

Riyak, megah, terbayang di mukanya

Kalau benar kerana Allah dan agama,
sikap, hidup harian,

berkeluarga, bekerja, tentu sekali
nampak syariatnya

Anak isteri mereka terbiar tanpa pun
cintakan Tuhan,

tidak susah hati pun mereka melihatnya

Sepatutnya selepas diri, anak
isterilah yang lebih dahulu dijaga

akidah dan syariatnya

Ahli-ahli ibadah yang rajin datang ke
masjid,

sekilas pandang nampaknya ahli ibadah

Tapi nampaknya ibadahnya ala kadar
sahaja,

berbual-buallah yang banyak menjadi
budaya

Masjid sudah jadi tempat berborak-
borak tentang dunia

Rosak pula rumah Allah Taala dibuatnya

Rumah Allah fungsinya telah rosak

Ada golongan tertentu mengajak orang
cintakan agama, bangsa dan negara

Mereka melaungkan slogan di mana-mana

Marah-marah kepada orang tidak
cintakan agama, bangsa dan negara

Kalau kita lihat sikap dan tindak-
tanduk kehidupan mereka, kita sangsi
pula

Tanda-tanda cintakan agama, bangsa dan
negara tidak ada padanya

Kita nilai slogan-slogan mereka kepura-
puraan sahaja

Tidak ada buktinya yang nyata

Begitulah seterusnya gotong-royong di
mana-mana sudah jadi budaya

Setengah mereka ikut gotong-royong,

kerana hendak menjaga hati
masyarakatnya

Kalau bukan kerana itu, gotong-royong
apa perlunya

Di dalam kepentingan bersama

di dalam masyarakat bersama pun ada
kepura-puraan

Setengah orang masyarakat tahu yang
dia pura-pura

Tapi dia tidak terasa malu,

kerana sudah ramai manusia yang
berlakon begitu,

apa hendak malu

Begitulah hidup kepura-puraan telah
menjadi budaya

Apa sudah jadi dengan bangsa ini?!
Back to top Go down
View user profile
 
Hidup Kepura-puraan Telah Jadi Budaya
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Streblus Asper (Serut in Indonesia dialect)
» Budaya Indonesia - Indonesian Culture

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
NurFantz Fan Clubz (NFC) :: INTERAKSI UMUM :: Diskusi Inspirasi-
Jump to: