NurFantz Fan Clubz (NFC)

Ini adalah laman group bagi kumpulan nasyid Nurfantz.Ia adalah sebagai medan untuk mengenali kumpulan nasyid kelahiran SMU (A) Maahad Muhammadi Lelaki KB, Kelantan. Ia juga adalah sebagai tempat untuk mempromosi kumpulan nasyid ini agar lebih dikenali.
 
HomeHome  PortalPortal  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  Log inLog in  

Share | 
 

 KESAN TAK BACA BISMILLAH

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
FaraH
Moderator
Moderator
avatar

Female
Number of posts : 121
Age : 25
Tempat Tinggal : SMAH PERAK
Pelajar/Bekerja/Penganggur : student
Registration date : 2008-02-29

PostSubject: KESAN TAK BACA BISMILLAH   Sat Mar 01, 2008 9:08 pm

Kesan tak baca Bismillah



KESAN TAK BACA BISMILLAH


DICERITAKAN OLEH SEORANG PEMBACA (TOK DAHAMAN)
YG TINGGAL DI KG SIDAM, KEDAH KPD MAJALAH IKTIBAR.


Menurut
apa yg diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya, dia bersama
isterinya berjalan hendak kenduri kahwin di hujung kampung. Malangnya,
ketika itu hujan turun dengan lebatnya. Maka terpaksalah mereka
menunggu hujan berhenti. Apabila hujan reda, ketika itu jam menunjukkan
pukul 1.00 tghhari, tiba di suatu simpang jalan, mereka terdengar suara
tangisan kanak-kanak.

Setelah dilihat sekeliling, didapati 3
orang kanak-kanak tanpa pakaian menangis di tepi sebatang pokok besar
yang telah tumbang. Kata Tok Dahaman, dia sungguh hairan, siapa pula yg
meninggalkan anak dalam keadaan begitu? Tetapi, dia mula syak bahawa
budak-budak tiu bukanlah manusia biasa kerana didapatinya mereka
berkepala botak, berperut buncit, mata besar dan telinganya pula capang
dan tajam. Sementara itu, jari-jari tangannya amat panjang begitu juga
jari kaki. Walau bagaimanapun, Tok Dahaman bertanya juga apa sebab
mereka menangis di tepi jalan. Menurut salah satu drp budak2 itu, rumah
mereka telah runtuh disebabkan oleh hujan yg amat lebat sebentar tadi.
Tok Dahaman bertanya di mana rumah...? Mereka pun menunjukkan kepada
pokok besar yang tumbang itu. Sudah sahlah yg budak-budak itu adalah
anak jin atau syaitan, jelas Tok Dahaman.

Menurut Tok Dahaman,
anak-anak syaitan itu telah meminta dia untuk memberitahu kepada ibu
bapa mereka yang berada di rumah kenduri tentang perihal rumah mereka
yg telah runtuh itu. Akan tetapi, Tok Dahaman menjelaskan kepada
budak-budak itu bahawa dia tidak mungkin dapat mencari ibu bapa mereka
kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia dengan pandangan mata
kasar. Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit minyak untuk disapu di
kening. Menurut anak syaitan itu lagi, minyak itu membolehkan pandangan
terhadap benda-benda hijab dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat
dikenalpasti kerana dia menggantung tengkorak kecil di leher manakala
ibu mereka memakai tulang ayam bersilang di rambutnya. Anak syaitan
tersebut berpesan meminta ibu bapa mereka pulang dengan segera kerana
rumah mereka runtuh dan mereka di dalam kesejukan.

Cerita Tok
Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan isterinya pun
memakai minyak tersebut. Tok Dahaman kemudian menyuruh isterinya
mencari syaitan betina di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan
jantan di tempat org lelaki. Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di
kening, mereka lihat begitu banyak syaitan bercampur gaul dgn org
ramai. Ada sebahagiannya sibuk di tempat memasak, mengganggu di kawah
gulai dgn memasukkan berbagai jenis najis ke dalam segala masakan
(kerana org yg memasak tidak membaca Bismillah...). Syaitan-syaitan
tersebut ada yg meludah, membuang air kecil dan besar ke dalam piring
dan mangkuk. Ada juga yg muntah ke dalam makanan, ada yang bergayut di
bahu, duduk di kepala dan riba manusia.

Tok Dahaman dan
isterinya yang memandang suasana itu menjadi tidak tergamak untuk
makan. Org ramai pada hari itu menjadi hairan melihat kelakuan Tok
Dahaman pada hari itu. Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk
berjalan kerana terpaksa mengelak daripada berlanggar dengan syaitan
kerana syaitan lebih sibuk mengalahkan manusia di rumah kenduri.
Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpalah dia dgn bapa syaitan tersebut.
Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan dgn gelojohnya. Tok Dahaman
pun bertempik kepada syaitan tersebut serta memberitahu kepada syaitan
tersebut bahawa rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat
terperanjat dan bertanya bagaimana Tok Dahaman boleh melihat syaitan.
Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman, syaitan tersebut pun berlari
pulang sambil memijak kepala orang ramai.

Bagi pihak
perempuan pula, keadaan lebih kecoh. Menurut isteri Tok Dahaman, ramai
sungguh syaitan betina yang sama-sama makan kenduri dengan org
perempuan bahkan di bahagian perempuan keadaan lebih teruk lagi kerana
syaitan betina ada yg membawa anak mereka. Kerenah anak-anak syaitan
ini memang tidak dapat dikawal oleh ibu bapa mereka. Mereka melompat
dari satu talam ke satu talam sambil mencapai makanan dari pinggan atau
tangan orang. Ada yg membuang air kecil sambil bergayut di jendela
rumah. Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh isteri Tok Dahaman di
bilik pengantin sedang bersolek bersama-sama pengantin perempuan.
Isteri Tok Dahaman mengenalinya berdasarkan tulang ayam yang bersilang
di rambut yang kotor dan berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut
sgt menggerunkan. Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai melihat
isteri Tok Dahaman bercakap dengan cermin tempat bersolek. Untuk sehari
itu, letih lah mulut mereka menjelaskan kepada orang ramai tentang
sebab keanehan sikap mereka pada hari itu, terpulanglah orang mahu
percaya atau tidak.

Begitulah halnya, keadaan syaitan yang
sungguh menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah ketika hendak
makan. Sebelum makan, sebutlah nama Allah... atau sekurang-kurangnya
bacalah BISMILLAH...
Back to top Go down
View user profile
auGwidad
Newbie
Newbie
avatar

Female
Number of posts : 88
Age : 24
Tempat Tinggal : Bandaraya Bersejarah
Pelajar/Bekerja/Penganggur : Pelajar
Registration date : 2008-03-13

PostSubject: Re: KESAN TAK BACA BISMILLAH   Thu Mar 13, 2008 1:27 pm

Hu3..
Ana pernah terbaca emel nih..
Geli pun ada..
Tulah hikmah kite mmbace bismillah..
Takdelah wat kje ngan setan..
Very Happy Very Happy
Back to top Go down
View user profile
Lieza
Moderator
Moderator
avatar

Female
Number of posts : 185
Age : 33
Tempat Tinggal : KLCC
Pelajar/Bekerja/Penganggur : Invoice clerk
Registration date : 2008-02-29

PostSubject: Re: KESAN TAK BACA BISMILLAH   Tue Mar 25, 2008 8:16 am

Betul..bagus cite nie untuk dijadikan iktibar kepda sahabat semua agar setiap perlakuan kita dimulai dengan Bismillah..Thanks..semoga lepas ni kita lebih berhati2 dalam melakukan setiap perbuatan..jangan jadikan jin & syaitan sebagai sahbat kita seharian..
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: KESAN TAK BACA BISMILLAH   

Back to top Go down
 
KESAN TAK BACA BISMILLAH
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Latest Naruto Shippuden episode's Naruhina moment
» NaruHina Chronicles
» Your Desktop/Mobile/iPad/Console Background :3
» NATSU, GRAY, LUCY , ERZS VS NARUTO, SASUKE, SAKURA, HENATA VS LUFFY, ZORO, NAMI, ROBIN
» [ARC-V Manga] Scale 007

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
NurFantz Fan Clubz (NFC) :: INTERAKSI AGAMA :: Diskusi Agama-
Jump to: