NurFantz Fan Clubz (NFC)

Ini adalah laman group bagi kumpulan nasyid Nurfantz.Ia adalah sebagai medan untuk mengenali kumpulan nasyid kelahiran SMU (A) Maahad Muhammadi Lelaki KB, Kelantan. Ia juga adalah sebagai tempat untuk mempromosi kumpulan nasyid ini agar lebih dikenali.
 
HomeHome  PortalPortal  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  Log inLog in  

Share | 
 

 Hadiah Hari Lahirku

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Syahmanz
Admin
Admin


Male
Number of posts : 74
Age : 28
Tempat Tinggal : Kelantan
hobi : Nasyid
Pelajar/Bekerja/Penganggur : Student
Registration date : 2008-02-28

PostSubject: Hadiah Hari Lahirku   Fri Aug 15, 2008 9:31 am

Penulis: Ummu Tareq
Aku bersyukur pada Allah...Tatkala aku meraikan hari ulang tahun ku yang ke 21 pada 6 Januari lepas sebagai musafir... Di medan perjuangan...



“Pernah tengok
cerita Love is Cinta? Ingat tak time sang hero cuba hentikan masa
ajalnya semata – mata nak luahkan perasaan cinta pada orang yang dia
suka?” Perbualan kami menjadi semakin hangat, walaupun tiga dari kami
sudah mula diulit mimpi. Aesya yang memandu sekali sekala mencelah,
namun pandangannya tidak lepas dari Ankabut yang berada di depan.

“Dan
kita semua tahu ajal maut telah tetap untuk kita. Pena telah terangkat
dan dakwat telah pun kering.” Rakan disebelahku menambah, “Ajalkan
perkara yang pasti, jadi tak perlu takut kepada ajal. Apa yang perlu
kita risau adalah macam mana nak jadi baik sehingga ajal datang
menjemput.”

Sedang
kami asyik bercerita tentang soal rezeki dan ajal.. kami dikejutkan
dengan dentuman dan imbasan putih disebelah kanan kami... aku
seolah-olah tidak percaya.. dadaku berombak kencang. Hati ku terdetik,
"Ya Allah, biarlah sekiranya ia terjadi.. biarlah ia bukan kepada
sahabat kami... Janganlah Ankabut." Kedengarannya seperti mementingkan
diri, namun perasaan itu hadir kerana kasihnya aku pada mereka... semua
macam perasaan bercampur –baur. Takut, gerun, gelisah, gementar...
semuanya...

Aesya
berhenti di laluan kecemasan. Aku dan sahabatku, hanya berdua keluar
dari Unser kami. Terlalu gelap. Tiada lampu jalan yang menyuluh, tiada
kereta lain yang lalu untuk kami tumpang simbahan cahaya mereka. Yang
ada cuma cahaya malap telefon bimbit kecil kami. Sahabatku mula
berlari, dan aku mengejar. aku berlari kuat... sekuat hatiku... mujur
tiada kereta yang meluru laju tika deras langkahku makin hampir di
tempat kejadian...

"Ya
Allah... " Ankabutkah itu??? Aku seakan – akan tidak percaya.
Ankabut-kereta yang banyak menaburkan budi di medan da’wah ini menjadi
begitu sukar untuk ku kenali... Hancur. Itu saja yang dapat aku
gambarkan. Ankabut terpelanting keseberang jalan sana, betul – betul
berada di lorong laju arah yang bertentangan. Batang besi yang memegang
kejap tayar Ankabut selama ini, terkulai layu.


Hatiku berdebar
saat aku melihat sekujur tubuh terlantar dijalanan... Dalam kegelapan
yang memekat itu, mataku cuba mengecam milik siapakah tubuh dan erangan
lemah itu...Nasyitah!!!.. Nasyitahkah itu???

Sayup-sayup
kedengaran bacaan kaset al-quran daripada kereta itu. Adakah aku
bermimpi?? Ya Allah, sedarkanlah aku dari mimpi ini. Biarlah ini hanya
mimpi yang panjang. Ini hanya mimpi.. Biarlah sekejap lagi aku terjaga
dari mimpi ini.. Kami baru sahaja menghadam tazkirah maghrib dari Kak
Nor... Baru sekejap cuma kami mulakan perjalanan dan berpakat untuk
berhenti di depan sana. Ya, perhentian kami di depan sana, bukan di
sini... Seolah – olah terlayar di depan mataku, dari detik gembira
bersama di tepian pantai bertukar menjadi tangisan hiba atas lumuran
darah dan kesakitan. Ini bukan mimpi!!

Cepat
– cepat aku bergerak ke belakang Ankabut, kulihat kak Afifah mengerang
kesakitan... Aku cuba bertenang. Hanya ketenangan dapat memandu aku
untuk membantu saudaraku itu. Aku bimbang. Bimbang sekali aku tak mampu
menghadapi tragedi ini. Ku lihat wajah kak Afifah menahan kesakitan
dengan senyuman. Terlintas dibenakku wajah para syuhada yang kembali
kepada Allah bersama secangkir senyuman.

"Ya
Allah, jika Engkau mentakdirkan syahid buat mereka.. Sungguh merekalah
orang-orang yang beruntung.. Sungguh akan kucemburui diri mereka...
tapi Ya Allah.. aku tidak sanggup kehilangan mereka.. tidak ya Allah..
demi da'wah ini..." Hati ku kacau bilau. Hanya doa yang bertasbih di
bibir dan hati, tanpa henti. “Ya Allah, hanya Kau lah penyelamat kami.”


Aku
terdengar seorang dari kami menghubungi talian 999. Dalam kegelapan
malam dan hanya berbekalkan lampu telefon bimbit, aku tak mampu
mengecam pemilik suara itu. Suaranya separuh tenang, dan kadang –
kadang seperti mahu menjerit. “Ya Allah, berilah kami ketenangan dan
kesabaran dalam menghadapi mehnah ini.”

Terasa, lambat benar ambulan menemui kami...
Terasa, udara malam ini pekat sekali...
Terasa, suasana sunyi dan kelam... dalam kami kelibut mencari...
Terasa, seolah – olah masa terhenti...
Terasa, Dia sedang memerhati...
Terasa.... benar – benar merasai...
Yang kami ini, cuma pelakon di pentas dunia....


Setelah hampir
15 minit kekalutan dalam gelap, terpancarlah cahaya dari lampu kereta
pengguna lebuhraya lain. Ramai mula berkumpul dan membantu. Dan sungguh
– sungguh aku memohon pada-Nya agar tiada jiwa yang hilang. Biarlah
harta dunia pergi asalkan mereka selamat. Sungguh – sungguh juga aku
berharap agar kami tidak diuji dengan perkara yang tidak mampu untuk
kami hadapi... aku tak mahu kehilangan sahabat – sahabatku...

Setelah ada yang menenangkan kak Afifah, aku bertanya siapa lagi yang cedera.
"Nasyitah kak...Nasyitah..."
"Nasyitah?"
mindaku cuba menggambarkan wajah Nasyitah... “yang mana satu? Siapa??”
Aku membilang wajah – wajah sahabat Brunei yang kebanyakannya baru aku
kenali semenjak 3 hari lepas...
"AllahuAkbar..
Tidak!!!.. Nasyitah yang aku sering ku usik itu?Tidak!!!...Nasyitah
yang kutujukan cerita hujan hidayah itu? Allahuakbar" mahu sahaja aku
terduduk saat itu. Aku mencarinya dikesesakan orang ramai..
"Kenapa
tadi aku tidak perasaan Nasyitah sedang mengharungi waktu-waktu
sukar???" Pertanyaanku kali ini hanya terhenti di situ. Dalam payah aku
cuba juga untuk mendidik diri agar tidak mempersoalkan apa telah yang
berlaku.

Terlihat
Nasyitah didampingi sahabatku. Aku menghampiri mereka. "Nasyitah, ingat
Allah Nasyitah... You are very strong dear.. you are so strong... sabar
Nasyitah.. Allah ya Allah" lancar sahaja tutur bicaraku untuk
menguatkan semangat Nasyitah. Kedengaran, suara – suara sahabatku yang
lain bertasbih kepada Allah, memohon hanya kepada Allah. Sahabatku
memangku kepala Nasyitah dan membisikkan semangat. “Nasyitah, hanya
Allah sahaja yang dapat bantu kita. Hanya Dia yang dapat dengar kita.
Minta Dia Nasyitah. Mintalah. Panggilah Allah.” Jelas sekali
dihadapanku Nasyitah menyebut kalimat Allah, mengadu kesakitan yang
dilaluinya.

“Ya
Allah, kepala dia berdarah.” Suara sahabat yang memangku kepala
Nasyitah separuh menjerit. Panik menerpaku seketika. Aku hanya mampu
melihat apa yang berlaku. Mata Nasyitah sejak dari tadi tidak lepas –
lepas memandang langit. Dia mengangkat tangan kanannya, dengan jari
syahadah, menunjuk ke langit. Tiada apa yang mampu kami lakukan kecuali
memanjatkan doa tanpa henti.

Orang
awam yang berhenti memang benar – benar membantu. Ada yang datang
dengan peti kecemasan, mencurahkan ubat luka pada bahagian kepala
Nasyitah yang cedera. Ada yang menjaga lalulintas, ada yang menawarkan
kereta mereka untuk menghantar sahabat – sahabatku ke hospital, malah
ada yang tolong mengutip barang – barang yang bertaburan waima sepuluh
sen cuma. Ramai juga dikalangan mereka yang berpesan kepada kami untuk
berhati – hati dengan barangan.

Tiba
– tiba, Nasyitah berhenti bernafas. Sahabatku meletakkan jari ke hidung
Nasyitah. Kemudian, dia menekup telinganya ke dada Nasyitah yang tiada
naik turun lagi. Pergelangan tangan Nasyitah disentuh dan dia bercakap
dengan diri sendiri, perlahan tapi cukup untuk ditangkap oleh
pendengaranku. “Dia perlu oksigen.” Aku lihat dia merapatkan mulutnya
ke mulut Nasyitah, dan menghembuskan udara. Kemudian dia menekan –
nekan dada Nasyitah. Berulang – ulang, hingga kemudian kami kembali
mendengar erangan Nasyitah. “Alhamdulillah. Allahhu Akbar!! Nasyitah,
jangan tidur. Fateha, cakap dengan dia, jangan bagi dia tidur.” Kami
bergilir – gilir memanggil namanya, cuba bercakap dengannya. Keadaan
itu dirasakan cukup getir. Tidak mungkin dapat digambarkan dengan kata
– kata.

Alhamdulillah,
ambulan mula tiba. Yang cedera parah, diangkat ke ambulan dan
selebihnya menaiki kereta peronda ke hospital berdekatan. Sesungguhnya,
Allah sahajalah sebaik-baik pelindung. Allah sahajalah sebaik-baik
penolong
"Ya
Allah, bantulah kami... tabahkan hati-hati kami... kuatkan lah mereka..
Kasihilah mereka... berilah kesabaran dan ketabahan buat mereka,
sepertimana Engkau memberi kesabaran buat para RasulMu" doaku sambil
mendongak kelangit, mengingatkan aku pada kisah Rasulullah saat mana
bermulanya Badar alQubra....

"Ok..langkah
yang begini... ambil 7 step, kemudian angkat sedikit hujung kakinya..
yang sana bulih dapat???" Aku tekun mengajar step tarian poco-poco pada
sisters dari Brunei yang kelihatan excited mempelajarinya. Berada di
tepian Pantai Batu Burok itu, kami bergelak ketawa ceria sambil
mengusik antara satu sama lain. Baru sekarang aku memahami perasaan
kasih kerana Allah.

"Kalau
susah, kita ambil step ke kanan, kemudian kita kembali pada titik
asal... macam kehidupan kita, kita kena selalu ingat untuk kembali pada
asal, iaitu pada Allah, pencipta kita.." Walaupun kami menari;seolah
ummu mukmin, Aisyah r.a. yg menari bersama muslimat meraikan
kegembiraan hati, aku cuba juga untuk menyelitkan tazkirah agar hati –
hati kami basah dengan zikrullah dan zikrulmaut... Sejurus selepas
sama-sama menarikan rentak poco-poco yang diajarkan oleh uhktiku, Ummu,
kami bergegas ke deretan kedai makan yang berdekatan untuk bersarapan.

Sebaik
sahaja aku melabuhkan punggungku, Kak Pia datang mendekatiku...
"Fateha, kita makan makanan semalam sahaja ek.. sisters Malaysia makan
yang itu sahaja.. Naziah dah panaskan tadi"

Aku
mengangguk setuju. Aku sedar yang kami perlu berhati-hati dalam
perbelanjaan. Bukan semua orang yang buat da'wah ini bergaji besar.
Tambahan pula student macam kami..hmmm... Tapi aku redha. Sebab da'wah
telah mengajar ku untuk tidak bermanja-manja. Kesusahan dan kesukaran
adalah tarbiah dalam mempelajari erti sebenar kehidupan. Tanpa
teragak-agak, tanganku terus mengambil bekas polisterine yang
mengandungi nasi goreng cina. "Kita share je lah Aesya" ujarku pada
Aesya, bimbang sahaja aku akan kalah waktu menghabiskan nasi itu. "Biar
berjemaah kalau makan pun...hee..." desus hati kecilku.

Saat
itu, kelihatan Nasyitah dan Mie bergegas untuk turut mengambil makanan
didalam polisterine, sama seperti kami. "Eh, antunna gi order makanan
panas, ini untuk akhawat Malaysia..." Salah seorang dari kami melarang
mereka kerana tetamu perlu didahulukan, mereka yang datang jauh dari
Brunei perlu diberi layanan yang istimewa, takkan nak makan makanan
semalam.

Aku
melihat dari jauh.. dan aku dapati Mie dan Nasyitah, masing-masing
berkeras untuk mengambil makanan itu. "Ah, degil betul mereka
itu...bagus jadi da'ie..." Dalam hati kecilku kagum melihat mereka.
Ternyata pada mereka kita sama sahaja. Tiada bezanya kami dari
Malaysia, dan mereka dari Brunei. Ternyata mereka mahu sama-sama susah
dan senang tak kira masa.

Kedua-dua
mereka mengambil tempat bersebelahan dengan mejaku. Aku ingin sekali
mengajak mereka makan bersama, tapi kecewa kerana mejaku sudah diduduki
oleh sisters yang lain. Aku lihat Mie dan Nasyitah, kedua-duanya tekun
memakan makanan yang diambil itu.

Tiba-tiba,
hujan mula turun renyai-renyai. Lantas aku teringat saat Cik Nah
bercerita tentang hidayah Allah yang sama seperti hujan. "Aesya, kamu
tahu tak yang hidayah Allah itu umpama hujan?" Kucuba menarik perhatian
Aesya, walaupun sebenarnya aku lebih menujukan kata-kataku pada
Nasyitah dan Mie. Dan adab dalam bersahabat, walaupun sudah berbuih
mulutku bercerita sebelum itu, Aesya tetap mendengar setiap butir
bicaraku.

"Hidayah
Allah itu umpama hujan... kena pada setiap tempat, penjuru dan ceruk.
Allahlah yang mencampakkan hidayah itu.. setiap tempat akan kena
pancaran hidayah itu. Dan tadahan bagi hujan hidayah itu adalah
hati-hati manusia... terpulang pada kita, samada untuk membuka tadahan
hati kita atau menutupnya... dan Aesya, bilamana saat kita bertanya
tentang hidayah Allah, itulah permulaan hidayahNya"

Dalam
hati, aku berdoa agar sepasang telinga dibelakangku, milik Nasyitah
mendengar ceritaku. Dan aku tahu dia mendengar. Curi-curi dengar. Malu
pastinya...tapi memang kepada dia aku tujukan cerita itu... kerana dari
raut wajahnya, aku tahu dia juga mencari Allah... aku tahu, kami sama -
sama dalam pencarian untuk mendamba hidayahNya...

Tiga
minggu telah berlalu. Masih terasa hangatnya darah sahabat – sahabat
yang mengalir. Masih terasa rindu pada Ankabut, pada pantai Batu Burok
yang menyaksikan poco – poco kami, pada Pulau Duyong dan susuk tubuh
tua yang setia menanti kami walau kami kelewatan kerana ber‘poco –
poco’, pada nasi dagang kegemaran sahabat – sahabat Brunei, pada muzium
Terengganu, pada kilauan Masjid Kristal dan replika masjid – masjid
dari seluruh dunia, pada Pasar Payang, pada bot tambang, pada rumah
homestay yang menyimpan memori gelak – tawa dan sendu – tangis kami...
terlalu rindu pada semua yang ada bersama – sama ketika itu.

Kini,
tiada lagi Ankabut untuk mengusung kami, darah luka sudah pun kering
menjadi parut, sahabat Brunei juga sudah pulang dengan selamat.
Nasyitah dan Azima pulang dua minggu lewat dari yang lain, dan kami di
Malaysia terus bekerja dan mengejar ilmu. Bukan seperti biasa,
insyaAllah lebih hebat dari sebelum ini.

Masih
basah dalam ingatan saat Nasyitah mulai sembuh dari pembedahan untuk
membuang darah beku di kepalanya akibat dari kemalangan itu. Aku dan
Azima mengambil keputusan untuk terus menemani Nasyitah di hospital.
Setiap hari aku tekun menjadi pengutus berita buat sahabat Malaysia,
dan Azima untuk sahabat Brunei. Dari HDW ke ICU, kemudian ke wad biasa,
dan ke HDW kembali, hingga dia keluar. Dan kalian, jauh atau dekat,
tidak putus – putus menghantar bantuan dan sokongan, material dan juga
gugusan doa. Hanya Allah saja yang mampu membalas semua kebaikan itu.

Nasyitah
sememangnya sembuh dengan cepatnya. Ada beberapa siri dia tersedar dan
menyebut kalimah “Allahhu Akbar”. Ada masanya juga dia menyebut, “Allah
bersamaku” walaupun pada saat itu matanya terpejam erat. Aku dan Azima
terhibur, dan dalam masa yang sama terasa terdidik. Kami mula mengenali
keluarga Nasyitah yang datang dari Brunei. Mereka amat tabah dan sabar
menanti Nasyitah pulih kembali.

Sarapan
terakhir bersama Nasyitah, ku kira memberi pengajaran yang amat dalam
dan berharga. Dia sudah mula pulih, dan bergerak, dan bercakap, dan
duduk, dan berjalan, dan makan, dan ketawa seperti mana dia yang ku
kenali dahulu. “Siapa yang pertama sekali Nasyitah nak jumpa sesampai
di Brunei?” soalku menduga kerinduan hatinya. Maklum saja, ibunya tidak
dapat berada di sisinya saat itu. Namun, yang terbit dari bibir mugil
Nasyitah adalah, “Allah.” Dan jawapannya itu membuatkan hatiku
bergetar. Terima kasih sahabat. Mengenalimu yang bernama Nasyitah Amal
Bazilah, mengajarku erti semangat yang kuat. Kenangan ini adalah hadiah
hari jadi terbaik untukku, juga pengalaman peribadi tersendiri untuk
semua yang bersama ketika itu. Jaulah yang terlalu banyak
pengajarannya. Terasa seperti kami ditarbiah, tanpa henti...

Dan
kemudian, kami terpisah atas sempadan geografi, juga atas perbezaan
nasionaliti. Kami terpisah pada jasadnya, namun pada hakikat, ruh kami
menyatu. Kami berkasih sayang tanpa halangan, kerana ukhuwah kami ada
dihati. Kami merindu, namun sentiasa tenang, kerana yakin kami akan
sentiasa bertemu, dalam doa – doa kami.

Syukur pada Allah S.W.T untuk nikmat islam, eeman, da'wah dan tarbiah ini...
Jazakumullahukhairan
katheera untuk ikhawah akhwat seluruhnya...Malaysia; Terengganu,
Kuantan, Kuala Lumpur, Brunei, dan UK atas ukhwah indah ini....
Jazakillahukhairan katheera untuk Ymtuan atas idea, kreativiti dan kasih buat karya ini...
Semoga kita terus tsabat. Terus teguh untuk berada di jalan ini.
Back to top Go down
View user profile
 
Hadiah Hari Lahirku
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Tumhari Paakhi Written Update 16th December
» Tumhari Pakhi - Written Update - 26 December 2013
» Tumhari Pakhi -Written Update - 20 January 2014
» Shruti Haasan in Vishal-Hari film!

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
NurFantz Fan Clubz (NFC) :: INTERAKSI UMUM :: Diskusi Inspirasi-
Jump to: