NurFantz Fan Clubz (NFC)

Ini adalah laman group bagi kumpulan nasyid Nurfantz.Ia adalah sebagai medan untuk mengenali kumpulan nasyid kelahiran SMU (A) Maahad Muhammadi Lelaki KB, Kelantan. Ia juga adalah sebagai tempat untuk mempromosi kumpulan nasyid ini agar lebih dikenali.
 
HomeHome  PortalPortal  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  Log inLog in  

Share | 
 

 Kisah Histeria di Pusat Tahfiz

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
FaraH
Moderator
Moderator
avatar

Female
Number of posts : 121
Age : 25
Tempat Tinggal : SMAH PERAK
Pelajar/Bekerja/Penganggur : student
Registration date : 2008-02-29

PostSubject: Kisah Histeria di Pusat Tahfiz   Sat Aug 02, 2008 8:04 pm

Kisah benar yg menggerunkan…

Ianya berlaku di salah satu pusat tahfiz di Malaysia…

Segalanya bermula apabila kami diaarahkan berpindah…dari asrama blok
baru ke asrama blok lama….hal ini kerana blok baru lebih besar dan
boleh diisi dgn lebih ramai orang…blok lama akan dipenuhkan dgn
pelajar2 lelaki…

Setelah penat sehari suntuk kami berkemas, kami tidur awal pada malam
tu…nyenyak sungguh…saya siap bawak tilam dari rumah..tak sanggup nak
tidur atas tilam yg dah lama ditinggalkan…

"dong!..dong! ..dong!.. ."

"hish..ape malam2 buta main ketuk2 lagi ni??orang nak tidur la…cukup
ar siang tadi dah hias2 bilik…tak cukup lagi ke???" saya merengus
dalam hati …

"aik…apsal gelap ni?aku x ngigau kan?"berdebar la plak rasanye…

"erm..nasib baik kak yah ade kat sebelah..aku tak mengigau rupanya…
nyenyak sungguh dia tidur…aku panas2 ni..boleh plak dia tahan…dah la
kipas tak hidup…elektrik pula tiada..huh.. teruk betul la blok lama
ni…" hati saya merungut2..

saya pun bangun perlahan2 lalu membuka pintu bilik….

saya biarkan pintu bilik terbuka sebab nak suruh udara luar masuk
bilik..terasa sangat lemas….

Dong!...dong! ...dong!. ..

"adus…bunyi lagi???kak yah..bunyi aper ni kak yah??geram jer saya nak
gi sound budak bilik sebelah ni…ade ke patut bertukang malam2
nih!!.." ngadu saya kepada kak yah…

"sound jer lah kocha..kak yah nak tidur pun tak boleh ni.."..rungut
kak yah…

kocha…itulah namer timangan-ku di kampus…

tak tahan punya pasal…saya pun keluar bilik..terus sound diorang..

"oi..!!! aper memekak malam2 buta ni…!!!"

tetiba terdengar suara org kat luar…

"aper yang menjerit2 ni??"

alamak..macam ku kenal suara ni…

erm…alamak…ustazah Zurina…!!!

Pengarah Hal Ehwal Pelajar!!!

`Ape dia buat kat asrama malam2 ni??

Aik…apsal ramai sangat org berkumpul depan bilik sebelah aku ni??

Masa aku bukak pintu tadi x nampak ape2 plak..

Hehehe…elektrik kan x ada..mmg la x nampak..

Tambah2 bukak pintu sambil mamai..hehehe… .'

"erm..sori…sori… ustazah.. ingat kan sape tadi..hee.." aku berkata
perlahan sambil senyum kambing..

semua pelajar puteri kat situ gelakkan saya…

aduss..malunyer …

saya pun tanya salah seorang kakak yang ada kat situ..ape yang
diorang buat ramai2 kat sini?malam2 buta plak tu…bukan ke tadi semua
org dah tidur…senyap jer asrama…tapi ni ramai plak…bising plak tu…

"ni ha kocha..ader akak bilik depan ni terkunci dari dalam…tak boleh
nak bukak pintu..so kak husna tengah ketuk2 pintu dia tu dengan
hammer…tapi sampai skarang tak terbukak pun…"jelas akak tu…

memang pintu bilik asrama kami ni keras kayunye…kalis api la katakan…
kalu terkepit jari..patah la jawabnyer…berat sangat pintu ni…kalau
mengumpat pun, orang yang lalu lalang x akan dengar..x macam blok
sebelum ni…

"akak tu dah la duduk sorang2..dia x ada roommate..sian
dia..huh..kalau akak..akak dah nangis dah.." tambah akak tu lagi…

at last..ustaz zul dan abang2 teknikal datang dgn tangga dan alatan2
lain..diorang masuk ikut tingkap…dan huh akhirnya..dapat jugak
buka..alhamdulillah…

hm..dah la malam pertama kitorang bermalam di asrama lama ni…dah jadi
mcm ni..

keesokan harinya…dari mulut ke mulut…kecoh bercerita…sebenarnya…
ada `benda' yang mengacau asrama ni..

`mereka' tak suka kehadiran kami ke asrama ni….al-kisahnya. .saya
dapat tau dari ustaz saya bahawa…salah seorang warden baru kami ni
telah membuka satu bilik yang sudah bertahun2 lamanye dikunci
kerana `benda2' tu nak duduk kat dlm bilik tu..tapi ustazah ni
berdegil ..keras kepala jugak nak buka…katanya. .

"buka je lah..daripada biar bilik tu kosong membazir jer,baik suruh
bebudak ni duduk.."

bila ustazah tu buka je bilik tu, berpuluh2..malah beribu2 `ekor'
yang keluar…merdeka agaknya..lalu `mereka' pun `bersuka ria' di
asrama ni…sambil mengacau puteri2…

nak jadi ceritanya..suatu hari…ader budak kena hysteria…lepas
sorang,sorang tumbang….kuat betul diorang menjerit….samua intai
melalui tingkap…

makin lama..makin ramai yang kena hysteria..terutaman ya adik2 yang
baru masuk…

tak kuat pendinding lagi kot..x pon sebab x hafal bnyak juz lagi…

"kocha..meh tlg akak angkat budak2 yg pengsan kat sana..ramai
ni..tolong bacakan manzil dan yasin kat budak2 ni..meh la.." kak wah,
akak bilik sebelah ajak saya..

"kocha..cepat… jom la….makin ramai plak adik2 kena…"ajak kak yah
roommate saya…..

alamak…camner ni??saya tak pernah plak main dgn benda2 begini seumur
hidup saya.

"erm..erm…x nak lah kak yah…saya sebenarnya tengah `cuti'…so saya tak
berani la..tak ada pendinding la kak yah..ma'thurat pun hari ni tak
baca lagi.."..dgn confident aku bagi alasan untuk mengelak…

hehehe…namer jer `Hafizah' Quran….tapi penakut jugak sebenarnyer…: )

"oh yer ker..xper2…kalu tengah `cuti',baik jangan join..ustaz ader
kat bawah..tengah handle bdk2 ni…ustaz kata sape tgh `cuti' jgn dtg
dekat…lagi senang kena rasuk.." jelas kak yah…

huh…ape ni kak yah…cakap mcm ni plak..lagi meremang bulu roma
dibuatnya..

suara budak puteri menjerit makin ramai…

mengerikan….pelajar2 lelaki yang pernah mendalami ilmu2 ghaib ni pun
dtg tlg skali…sbb ustaz x larat nak handle sorang2..nasib baik ader
jugak bdk2 laki yg terer bab2 gini….

Hari makin berlalu..masih belum sembuh…terutamanya bagi pelajar
puteri yang keluarganya ada atau pernah `memelihara' ..kuat
kesannya..susah nak sembuh…kesianmelihat mereka…

Ader yang bercakap2 tak sedarkan diri…suara berubah2….macam suara
lelaki…

Sampai satu malam…

Semua pelajar puteri dikumpulkan di surau…kecuali bg mereka yg lemah
semangat dan sedang ber'cuti',mereka dikehendaki berada di bangunan
kuliyah,jauh dari kwsan asrama….

Aper lagi..saya pilih nak duk di bangunan kuliyah la kan..

Sempat juga saya mencapai botol air…air tu saya dan kawan2 dah baca
ayat2 ma'thurat dan manzil….ustaz kami yang suruh buat..dia kata..air
ma'thurat Kubra ni kuat….sbb tu ikhwah2 tak pernah kena kacau
dgn `benda' gini…

Semasa berada di dewan bangunan kuliyah,tetiba salah seorang kakak ni
nak pengsan…slalunye kalau nak pengsan ni sebab `benda' tu nak masuk
dan buat hysteria…semua orang berkumpul kat akak tu…tepuk2 mukanya
sebab x nak bg dia pengsan…alamak. .buat hal kat sini pulak…ingatkan
dah selamat…

Tetiba saya teringat kat air ma'thurat yg saya bawa..

Erm..boleh ke ni?? Was2 jugak..tapi kena yakin….hm..

Lepas selawat dan baca beberapa potong ayat yg saya blajar dr ayah
saya…

Saya pun renjiskan kat muka akak tu..dan suh dia minum air tu…

Alhamdulillah. .akak tu dh sedar sikit…so..pelajar2 puteri lain pun
pimpin akak tu balik ke asrama dan berkumpul bersama pelajar2
puteri `sakit' yg lain…

Huh…mcm2…

Selepas beberapa jam..kami diarahkan utk pulang ke asrama….dah baik
ke???

Saya lalu di surau..teringin nak intai…

Tetiba….

"aaaaAaaaAAarrrghhh… .!!!!"

Alamak…ader org menjerit…

Budak tu lari kuar dr surau…aper lagi…saya pecut lari naik atas la
sebelum dia meracau…akak2 lain gi kejar dia…

Budak tu nak gi tasik…..hm…nape sape yg dihasut suka sgt gi tasik???

Mmg pusat tahfiz kami ni terkenal dgn tasik yg luas dan cantik….

Saya terus lari masuk bilik…

Beberapa minit kemudian kawan saya balik bilik…

Saya tanya dia ape yg terjadi kat surau…

Dia kata…

"td kat masjid besar pun ader org kena rasuk..ingatkn kat masjid dah
selamat..kena rasuk jugak tau kocha…maklumla, masjid tu kan dekat
tasik…lagilah `benda' tu suka",

jelas kawan saya…

"pastu ape jd dgn kwn2 kita yg dirasuk kat surau tu?korang wat aper
kat situ?ustaz cakap aper?", bertubi-tubi soalan saya lemparkan…x
sabar punya pasal…

"tadi ader sorg muslimat ni buat hal…abg A pegang ibu jari kaki dia…
abg A suruhh `dia' keluar dr badan muslimat tu…tp `benda' tu x nak…

pastu abg A tu cakap,

`awak ni rambut panjang sgt kan…?'

kocha tau aper muslimat tu jawab?dia kata…

`maner abang tau ni..malulah saya…'

`abang tau la…awak keluar ye dari badan muslimat ni…'

`ok..nanti saya kuar…abang ni baik la…'

rupa2nya kocha….'benda' tu betina…kesian plak tgk muslimat tu..dia
maner sedar..bukan dia yg bercakap…'benda' tu yg bercakap melalui
badan dia" semangat kawan saya bercerita…

"tu baru sorang kocha..ader lg…yg muslimat sorg lagi plak..tetiba
mengamuk..suara dia garau giler..takut saya dengar…meracau2 plak tu…
dia kata..

`aaahh…muslimat2 ni dah la suka buat bising…pasang radio kuat-kuat…
tapi kalau mengaji tu slow2 jer!!!..tak pergi solat berjemaah kat
masjid plak tu!!!...suka sembahyang lambat-lambat! !...kata hafal
Quran, tapi makan maggi!!..ingat aku tak tau ker!!'

malu tau kocha biler `benda' tu cakap gitu…pastu ustaz tanya,

`saper?boleh awak tunjuk??'

mase muslimat tu baru jer nak angkat tangan,tunjuk kat muslimat
lain,tetiba ustaz kata,

`tak payah lah tunjuk… tak baik ..'

huh..nasib baik kocha…kalu x..kantoi dgn ustaz...aku pun tak gi
masjid…hehehe"

makin beria kawan saya bercerita..

hish..mcm tu skali…alim jugak ek jin tu…hehehehe…

nasib baik sayer tak ader kat surau tu..kalu tak..mesti jin tu dah
tunjuk saya tak gi masjid…alah…biarlah… .pompuan x wajib…asalkan saye
solat jemaah dgn roommate..hehehe. .ok gak aper….

"pastu aper jd?"soal saya lagi.

"pastu tetiba muslimat lain yg dirasuk plak bersuara…

`malam esok aku nak buat hysteria SUPER punya….x apa..kalu ko ader
banyak ustaz..aku boleh bawak beribu2 geng aku datang….kitorg nak
buat hysteria ramai2…hahahahahaha! !!!!'

`buatlah..kami tak takut….kami semua nak balik rumah', jawab ustaz.

`baliklah…kat sebelah kan ada asrama lelaki..kami gi la kat
sebelah..hahaha! !"

jawab jin2 tu dgn yakinnya…

mak oi..melampau… habislah. .badan saper plak yg akan jd mangsa???

Keesokan harinya…x sempat nak malam..pagi2 lagi dah ader mangsa2
baru…

Jin2 ni dah melampau..menipu… .kata nak tunggu malam..naik meremang
dah bulu roma…tengah2 tasmik(ulangkaji) al-Quran bersama ustazah ,
tetiba dgr muslimat menjerit2…aduss…

Aper lagi…kami semua diarahkan pulang untuk mengosongkan asrama pada
hari itu dan pulang ke rumah masing2…

Sbb ustaz nak buat kerja2 `pembersihan' asrama muslimat…

Aper lagi…kami semua pulang…

Tak ader saper yg sanggup tunggu lama2…

Banat yang sakit di ubati dan saper plg `kuat' kena dihantar ke rumah
ustaz Harun Din.

Sekembalinya kami selepas asrama dibersihkan, kami dapat tahu asrama
lelaki dikacau…sebab asrama kami tiada penghuni….jin2 tersebut telah
berpindah ke asrama lelaki…yg peliknya.. x ada yg kena hysteria…jin2
ni just main eletrik…banyak kali juga elektrik putus tgh2 malam…

Haaa...tu la...ustaz suruh semua balik..tapi bdk2 laki ni nak tunjuk
berani..kan dh kena...

Semenjak dari itu…ramai pelajar2 muslimat dah rajin gi masjid….

Tak pasang radio dah…pasang kaset al-Quran jer…

Kalu sebelum ni segala jenama mee segera di kedai ustaz Muin slalu
hbs stok, tp skarang…berlambak x habis..dah x berani makan dah..sebab
ustaz kata…

Dlm mee segera tu ader ajinamoto…ajinamoto ni diperbuat dr serbuk
tulang yg dimesin…so bila dimasak..jin2 ni bau tulang2 ni..jin2 ni
suka la….sebab tu dia datang.

Hohoho…nasib baik saya ni mmg berpantang dgn mee segera sejak masuk
pusat tahfiz ni…ader la jugak kalu dah x tahan tu..makan la jugak
skali dlm satu semester…

Hm…kadang2 bagus jugak..mmg la takut bila behadapan dgn perkara2
sebegini..

Tapi kalu tak di ajar, mesti tak berubah jugak perangai pelajar2 ni…

Ye la…bumi tempat menghafal Al-Quran..tapi dah dimasuki dan diracuni
dgn maksiat2 di dalam kawasan tersebut…

Kalau Allah nak bg balasan, bila2 jer air di tasik yg disangka tenang
tu boleh jd mcm Tsunami tenggelamkan pusat tahfiz ni…Na'uzubillah… .

Insaflah sahabat2….

Jgn hanya menjadi Hafiz/Hafizah pada kertas sijil..

Tapi buktikan dan amalkan…

Menghafal Quran ni sama ada mendapat Syafaat atau Laknat..

Anda lebih mengetahuinya… wallahua' lam..

_________________
Jika kamu menderita kesakitan,maka sesungguhnya mereka pun menderita kesakita sebagaimana kamu menderitanya,sedang kmu mengharap dari Allah apa yg tidak mereka harapkan. An-Nisaa:104
Back to top Go down
View user profile
 
Kisah Histeria di Pusat Tahfiz
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
NurFantz Fan Clubz (NFC) :: INTERAKSI UMUM :: Diskusi Inspirasi-
Jump to: