NurFantz Fan Clubz (NFC)

Ini adalah laman group bagi kumpulan nasyid Nurfantz.Ia adalah sebagai medan untuk mengenali kumpulan nasyid kelahiran SMU (A) Maahad Muhammadi Lelaki KB, Kelantan. Ia juga adalah sebagai tempat untuk mempromosi kumpulan nasyid ini agar lebih dikenali.
 
HomeHome  PortalPortal  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  Log inLog in  

Share | 
 

 Rahsia memimpin wanita

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Lieza
Moderator
Moderator
avatar

Female
Number of posts : 185
Age : 32
Tempat Tinggal : KLCC
Pelajar/Bekerja/Penganggur : Invoice clerk
Registration date : 2008-02-29

PostSubject: Rahsia memimpin wanita   Fri Feb 29, 2008 11:57 am

Tidak dapat dinafikan bahawa hidup wanita dipengaruhi dan dikuasai oleh perasaannya. Ini kerana wanita kaya dengan perasaannya. Sembilan persepuluh (90%) daripada wanita adalah perasaannya. Hanya satu persepuluh (10%) adalah pertimbangan akalnya. Justeru itu, untuk menghadapi dan memimpin mereka agar tunduk kepada Allah swt, maka kaum lelaki hendaklah bermain dengan perasaan mereka sebanyak yang mungkin.

Jenis-jenis perasaan yang ada pada wanita amatlah banyak, antaranya perasaan marah, dendam, rasa malu, jemu, kecewa dan banyak lagi. Perasaan-perasaan ini boleh digunakan untuk kepentingan agama, dunia dan akhirat.

Bahasa samada dalam lisan atau tulisan adalah alat bagi membangkitkan rasa bagi setiap perasaan di dalam diri wanita. Dalam memimpin kaum wanita, kaum lelaki hendaklah cekap menggunakan daya fikir untuk mengolah bahasa dengan lidah yang petah supaya tercetus apa sahaja perasaan yang dikehendaki dalam hati perempuan.

Sekiranya lelaki inginkan perasaan kasih dan sayang berbunga dalam dada mereka, maka bawalah cerita-cerita kasih mesra dengan kata-kata hukamak (hikmah) mengenai kasih sayang. Sekiranya lelaki mahu perasaan rindu bertapak di hati mereka, maka bawalah kisah-kisah rindu dengan kata-kata yang berunsur kerinduan. Jikalau hendak membangkitkan rasa marah mereka, itu amatlah mudah kerana semua orang tahu caranya.

Dalam membimbing dan memimpin wanita, lelaki hendaklah merancang untuk mengubah dan mewujudkan setiap rasa yang dikehendaki dalam diri wanita yang bergelar anak, isteri dan ibu. Untuk itu seharusnya, kaum lelaki tahu dan mempunyai daya kekuatan yang tinggi supaya dapat merancang apa yang diingini pada diri setiap wanita sebelum memiliki mereka.

Disinilah antara kejayaan para Rasul, Nabi dan wali Allah swt dalam memimpin umat manusia. Mereka dapat menguruskan hati manusia kerana berjaya mencetak perasaan mereka hingga menjadi umat yang patuh dan taat kepada Allah swt.

"PIMPINLAH KAMI DENGAN KASIH SAYANG"

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran, perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala- galanya. Apalagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s. tetap merindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mungkin mampu hendak meluruskan mereka.

Tidak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah, karena mereka diciptakan begitu rupa dari bahagian tubuh lelaki. Didiklah mereka dengan panduan dariNya:

JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR, JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA.

Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah, Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, disitulah kuncinya. AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU, HATI SERAPUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN, PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK .

Suburkanlah kebaikan karena dari situlah nanti mereka akan nampak penilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau women gladiator.

Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya itulah kasih sayang Allah, karena rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki berwajah: negarawan, karyawan, jutawan, hartawan, dan wan-wan lain. Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak bisa diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan .

LEBIH BANYAK LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI. SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN
Back to top Go down
View user profile
Syahmanz
Admin
Admin
avatar

Male
Number of posts : 74
Age : 28
Tempat Tinggal : Kelantan
hobi : Nasyid
Pelajar/Bekerja/Penganggur : Student
Registration date : 2008-02-28

PostSubject: Re: Rahsia memimpin wanita   Fri Feb 29, 2008 12:03 pm

laki2 wajib tau koz nnt mrk akan memimpin wanita..Arrijalu Qawamuna 'alal Nisa'
Back to top Go down
View user profile
Lieza
Moderator
Moderator
avatar

Female
Number of posts : 185
Age : 32
Tempat Tinggal : KLCC
Pelajar/Bekerja/Penganggur : Invoice clerk
Registration date : 2008-02-29

PostSubject: Re: Rahsia memimpin wanita   Fri Feb 29, 2008 12:18 pm

Syahmanz wrote:
laki2 wajib tau koz nnt mrk akan memimpin wanita..Arrijalu Qawamuna 'alal Nisa'

Betul tu..
If all men know, kuranglah sikit penderaan terhadap wanita..
Women need love..
Back to top Go down
View user profile
syedmml
Newbie
Newbie
avatar

Male
Number of posts : 5
Age : 24
Tempat Tinggal : Kelantan
hobi : sing nasyid song
Pelajar/Bekerja/Penganggur : Student
Registration date : 2008-02-29

PostSubject: betul   Fri Feb 29, 2008 9:08 pm

betul 2....lelaki dijadikan untuk memimpin wanita......tul x?
Back to top Go down
View user profile
FaraH
Moderator
Moderator
avatar

Female
Number of posts : 121
Age : 24
Tempat Tinggal : SMAH PERAK
Pelajar/Bekerja/Penganggur : student
Registration date : 2008-02-29

PostSubject: Re: Rahsia memimpin wanita   Sat Mar 01, 2008 8:53 pm

syedmml wrote:
betul 2....lelaki dijadikan untuk memimpin wanita......tul x?

betul2...lelaki mmg serng pemimpin n seorng khalifah....
Back to top Go down
View user profile
Syahmanz
Admin
Admin
avatar

Male
Number of posts : 74
Age : 28
Tempat Tinggal : Kelantan
hobi : Nasyid
Pelajar/Bekerja/Penganggur : Student
Registration date : 2008-02-28

PostSubject: Re: Rahsia memimpin wanita   Sat Mar 01, 2008 9:43 pm

FaraH wrote:
syedmml wrote:
betul 2....lelaki dijadikan untuk memimpin wanita......tul x?

betul2...lelaki mmg serng pemimpin n seorng khalifah....

semua manusia dijadikan sbg khalifah..np kita dipilih?krn allah telah mengajar semuanya kepada nabi Adam a.s..
sbb tu la kita manusia dijadkan sbg khalifah..bkn haiwan,bkn tumbuhan..
dan kenapa lelaki dijadkn leader?mudah je,krn lelaki ada 9akal wanita ada 1 akal..sbb tu kuasa cerai ada pada lelaki..bukan pd wanita..dan yg paling penting hawa dijadikan dr rusuk adam..rite?
Back to top Go down
View user profile
FaraH
Moderator
Moderator
avatar

Female
Number of posts : 121
Age : 24
Tempat Tinggal : SMAH PERAK
Pelajar/Bekerja/Penganggur : student
Registration date : 2008-02-29

PostSubject: Re: Rahsia memimpin wanita   Fri Mar 07, 2008 2:09 pm

Syahmanz wrote:
FaraH wrote:
syedmml wrote:
betul 2....lelaki dijadikan untuk memimpin wanita......tul x?

betul2...lelaki mmg serng pemimpin n seorng khalifah....

semua manusia dijadikan sbg khalifah..np kita dipilih?krn allah telah mengajar semuanya kepada nabi Adam a.s..
sbb tu la kita manusia dijadkan sbg khalifah..bkn haiwan,bkn tumbuhan..
dan kenapa lelaki dijadkn leader?mudah je,krn lelaki ada 9akal wanita ada 1 akal..sbb tu kuasa cerai ada pada lelaki..bukan pd wanita..dan yg paling penting hawa dijadikan dr rusuk adam..rite?

betul2....ana stuju tu...

_________________
Jika kamu menderita kesakitan,maka sesungguhnya mereka pun menderita kesakita sebagaimana kamu menderitanya,sedang kmu mengharap dari Allah apa yg tidak mereka harapkan. An-Nisaa:104
Back to top Go down
View user profile
Lieza
Moderator
Moderator
avatar

Female
Number of posts : 185
Age : 32
Tempat Tinggal : KLCC
Pelajar/Bekerja/Penganggur : Invoice clerk
Registration date : 2008-02-29

PostSubject: Re: Rahsia memimpin wanita   Tue Mar 11, 2008 4:07 pm

Dah jadi tempat berdebat pula kat sini..
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Rahsia memimpin wanita   

Back to top Go down
 
Rahsia memimpin wanita
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
NurFantz Fan Clubz (NFC) :: INTERAKSI UMUM :: Diskusi Inspirasi-
Jump to: