NurFantz Fan Clubz (NFC)

Ini adalah laman group bagi kumpulan nasyid Nurfantz.Ia adalah sebagai medan untuk mengenali kumpulan nasyid kelahiran SMU (A) Maahad Muhammadi Lelaki KB, Kelantan. Ia juga adalah sebagai tempat untuk mempromosi kumpulan nasyid ini agar lebih dikenali.
 
HomeHome  PortalPortal  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  Log inLog in  

Share | 
 

 Madrasah Ikhtiari

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
faah
Newbie
Newbie
avatar

Female
Number of posts : 34
Age : 24
Tempat Tinggal : Dungun, Terengganu
hobi : Mengkaji tentang islam
Pelajar/Bekerja/Penganggur : Pelajar
Registration date : 2008-03-09

PostSubject: Madrasah Ikhtiari   Sun Mar 09, 2008 11:27 pm

MADRASAh IKHTIARi












Faiz mengetuk-ngetuk kepalanya dan mencubik -mencubik
pehanya. Faiz nampak dekat atas bangunan semuanya ada kubah. Di seluruh kawasan
itu pula terdapat tembok yang begitu besar hatta suasana dekat luar pun tak dapat
dinikmati.






Semua orang lelaki berpakaian serba putih
lengkap berkopiah dengan serbannya sekali. Yang perempuan pula berpakaian serba
hitam dan berpurdah. Faiz semakin keliru di manakah dia kini?






“Awak, ni dekat mana?” tanya Faiz kepada 2
orang perempuan yang lalu di hadapannya. Faiz pelik melihat gelagat mereka.
Budak perempuan itu pergi dan terus memanggil seorang lelaki yang kelihatan
lebih tua dan berjanggut lebat.






Orang tua itu berjalan laju ke arah dirinya.
Faiz semakin keliru, hatinya berdegup kencang. “Assalamualaikum,” ucap lelaki
itu. Faiz menjawab salam lelaki itu. Hatinya kini tenang apabila ditegur dengan
cara yang sopan.






“Anta, ni kan laluan pelajar banat, mana boleh lalu
kat sini,” nasihat lelaki itu sopan. Faiz bingung sebentar. ‘Banat’,
ape tu? Beribu persoalan yang bermain dibenaknya.






“Limaza ya anta? Au anta tolibat jadid?” lelaki
itu masih lagi mengajukan soalan kepada Faiz tapi kini ia lagi menyukarkan Faiz
kerana semuanya dalam bahasa arab.






Faiz naik geram lalu bertanya “Pak Cik, boleh
cakap Bahasa Malaysia
tak?”. “Minta maaflah, saya rasa orang yang masuk sekolah ini kena pandai cakap
bahasa Arab,” jawab pak cik itu.






“Pak Cik tumpang tanya, ni dekat mana? Pak Cik
ni, siapa? Kenapa saya boleh ada kat sini?” pertanyaan yang bermain di benaknya
di lepaskan.






“Wahai anak muda, sini adalah Maahad Tahfiz
Tahsinul Quran Luqmanul Hakim. Saya Ustaz Mohd Fathul Hafiz Al-Hafiz ibnu Mohamad Syakir mualim
sekolah ini,” jawab pak cik itu dengan panjang lebar.






Sebuah basikal berwarna hitam yang ditunggang
oleh 2 orang lelaki yang kacak, berpakaian jubah, serban, berkopiah serba putih
berhenti dekat dengan dirinya.



“Assalamualaikum, nahnu mukallaf fi hazal
madrasah,” kata salah seorang lelaki itu straight dalam bahasa Arab.






“Ustaz, apa yang dia cakap saya tak faham
terus,” Faiz bertanya dengan nada yang hendak marah lepas satu, satu masalah
yang datang dan mengapa dia perlu berada di tempat yang begitu kolot.






“ Kami adalah pihak yang dipertanggung jawabkan
dalam maahad ini. Saya Haikal dan ini sahabat qarib saya Aiman,” Haikal
menterjemahkan kata-kata sahabatnya, Aiman dalam Bahasa Malaysia.






Ustaz Mohd Fathul Hafiz beredar dari situ
setelah memberikan amanat kepada Haikal dan Aiman.






“Saudara telah melakukan kesalahan iaitu tidak
memakai jubah,kopiah dan serban yang mana ia adalah sunnah Rasulullah S.A.W. 1
lagi kesalahan ialah berada di kawasan larangan iaitu laluan pelajar banat, sebagai dendanya saudara
diminta membersihkan kawasan Musolla dan beristighfar kepada Allah sebanyak 100
kali..” kata Aiman.






Faiz ketawa terbahak-bahak sambil berkata “Mana
ada sekolah yang buat denda macam ni, sekolah aku pun tak pernah,”. “Saudara
inilah sekolah saudara. Kalau saudara tak nak buat tak apalah tapi ketahuilah
bahawa Allah sentiasa memerhati kita Saya hanya mampu menasihati saudara agar
menjadi lebih baik,” nasihat Aiman dari tadi.






“Apa kau kata, aku pelajar sekolah ini. Jangan
harap aku nak masuk sekolah ini, tak pernah menjadi pilihan aku,” Faiz
menyambung lagi ketawanya.






“Saudara, jangan banyak ketawa nanti gelap
hati. Eem, siapa nama saudara?”



tanya Haikal yang dari tadi membisu.





“Nama saya Muhammad Faiz Imran Ahmad Hakimi,”
jawab Faiz ringkas. Aiman membuka sesuatu seperti handset dan menekan butang
yang ada.






“Nampaknya nama saudara memang termaktub di
sekolah ini. kita sebagai insan yang terpilih mesti bersyukur,” Aiman menambah
lagi tazkirahnya.






“Suka hati koranglah, sekarang aku lapar, aku
nak pergi makan,” kata Faiz dengan megah dan terus beredar dari situ. Dia terus
menuju ke arah dewan makan namun begitu dia buntu di mana letaknya dewan makan.
Maka dilihatnya pada papan tanda semuanya ditulis dalam Bahasa Arab. Faiz
sekali lagi menggaru-garu kepalanya.






Faiz berjalan tak tentu arah. Akhirnya dia
nampak makanan. Dia terus menerjah ke arah kaunter makanan dan mengambil
makanan. “Berapa semuanya?” tanya Faiz kepada penjaga kaunter.






“3 dinar,” balas penjual itu. Faiz menghulurkan
5 ringgit Malaysia,
dia masih tidak sedar bahawa penjual itu menyebut dinar bukannya RM.






“Saudara, duit ini tidak sah digunakan di
mana-mana Maahad,” kata penjaga itu.






“Pak Cik Lebai, duit ini masih baru lagi
lebih-lebih lagi RM5 ni, mengarut betullah dia ni,” marah Faiz apabila duitnya
di tolak.






“Saudara, jangan panggil saya lebai, tak pernah
saya jumpa pelajar macam awak di sekolah ni. Tak apa lah kira sedeqah la ni,”
kata penjual makanan itu lembut menahan kemarahannya.






“Terima kasih,” ucap Faiz kepada penjual itu.
Dia terus meluru ke tempat makan pelajar perempuan yang sedang menjamu selera.






Semua pelajar perempuan yang berada di situ terkejut
melihat geligat Faiz. Salah seorang pelajar perempuan menyebut
‘Astaghfirullahal Azim’. Ada
juga yang terlalu marah sehingga menyebut ‘Anta majnun’ kepada Faiz.






Tiba-tiba muncullah 2 orang lelaki yang sedang
menunggang basikal berwarna merah dengan pakaian serba putih menuju ke arah
dirinya.






“Engkau nikan dalam dewan yang tertutup macam
ini pun nak tunggang basikal,” marah Faiz dengan gelagat mereka. Semua yang
dibuatnya salah, hendak bersembang dengan pelajar perempuan pun tidak
dibenarkan.






“Saya rasa kami tidak perlu kenalkan diri kami
lagi. Saudara telah melakukan kesalahan sebagai denda istighfar kepada Allah
sebanyak 300 kali,” Aiman bersuara dengan sopan santun. “Baiklah, baiklah,”
balas Faiz sambil mengeluh.






Sesudah sahaja makan, entah mengapa dia terasa
dirinya seperti dibawa orang.






Dia berjalan terus pergi ke asrama dan terus
masuk ke kamar At-Tarmizi. Pada salah sebuah katil ada tertera nama Muhammad
Faiz Imran Ahmad Hakimi. Katil itu terlalu kemas dan dibuka almari, semuanya
tersusun dengan rapi.






Faiz terus menidurkan dirinya di atas katil
yang empuk itu. Selepas 1 jam tertidur dia pun terjaga.






Faiz berjalan keluar dari kawasan asrama. Dia
pun masuk ke dalam dewan tertutup maahad. Pada masa itu, terdapat satu majlis
yang mana majlis itu dinamakan Majlis Watikah Perlantikan Pemimpin Maahad seisi
1433H. Faiz mengambil tempat.






“Sekarang saya mengumumkan ketua pelajar Maahad
Tahfiz Tahsinul Quran Luqmanul Hakim seisi 1433H ialah Muhammad Faiz Imran ibnu
Ahmad Hakimi,” kata pengerusi majlis dengan penuh bersemangat. Suara tepukan
dan sorakan para hadirin menjadikan dewan tertutup itu bingit.






Faiz terkejut mengapa nama dia yang dipanggil.
Faiz nampak seorang lelaki yang begitu kacak berpakaian jubah, kopiah dan serban
serba putih naik ke pentas dengan tersenyum. Muka lelaki itu mirip dengan mukanya
tetapi badan lelaki itu lebih tegap.






“Faiz, bangun! bangun!” gerak Mak Cik Minah
sambil menggoncang badan anaknya itu. “Dah cepat bersiap, kita dah nak bertolak
ini,” kini Pak Cik Kimi pula mencelah.






“Abi, kita nak ke mana?” tanya Faiz kehairanan.
“Kamu ni, kan
nak hantar kamu dekat Maahad Tahfiz Al-Mahmud,” jawab Pak Cik Kimi. Faiz
menelan air liur. Dia terkenangkan mimpinya yang ngeri. Betulkah itu sekolah
pilihannya?






Sesampai di sana Faiz berasa lega kerana ia tidaklah
seteruk yang dimimpikan.






Faiz seorang pelajar yang cemerlang dalam semua
aspek samaada Quran, akademik, kokurikulum, mahupun kepimpinan. Ini dapat
dilihat dari tingkatan 1 lagi apabila dia dianugerahkan Pelajar yang
Berkebolehan dan telah dipilih menjadi Majlis Perwakilan Pelajar sekolah itu.
Mimpinya menjadi realiti apabila dipilih sebagai Ketua Pelajar pada tahun 1433H
dan dia kini telah Hafiz.



Alhamdulillah...
Back to top Go down
View user profile http://www.faahislamic.blogspot.com
 
Madrasah Ikhtiari
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
NurFantz Fan Clubz (NFC) :: Sudut Santai :: Sudut Karya-
Jump to: