Sejarah NurFantz Pada pertengahan 2004,Kumpulan ini mula ditubuhkan hasil drpd pemilihan yang dibuat oleh senior(All-Wise) yang pada ketika itu dikenali sbg Nur Muhammadi..hasil daripada pemilihan ini,maka Shoutul muhammadi dianggotai oleh 15 orang(termasuk Perkusi)
Pada 2005,Kumpulan ini mula menggantikan senior dlm menyertai pertandingan nasyid antara sekolah2 Yik.Pada peringkat zon,kumpulan ini mendapat johan namun pada peringkat MSSK,kumpulan ini mendapat tempat kedua.Lagu pada pertandingan itu ialah Analisa dan Fityatal Haq.Kalah bukan bererti mengundur..Kumpulan ini menimba lebih byk ilmu2 tentang voice n perkusi.Pada pertengahan 2005,sekali lagi menyertai pertandingan nasyid anjuran USM dan alhamdulillah mendapat tempat kedua manakala tempat pertama dimenangi oleh All-Wise
Pada 2006,Shoutul Muhammadi mencuba nasib sekali lagi dlm pertandingan nasyid antara sekolah YIK.Namun kumpulan ni pulang dengan hampa apabila medapat tempat ketiga.Namun,ia xmenghalang aktiviti kumpulan ini..Selepas dari pertandingan itu,kumpulan ini kerap dijemput menghadiri persembahan.dan dari situla ilmu tntg nasyid makin bertambah dan minat terhadap nasyid makin menebal.
pada tahun 2007,Shoutul muhammadi menyertai pertandingan ini dan akhirnya kumpulan ni berjaya merampas kembali takhta johan nasyid peringkat negeri kelantan.Hasil daripada kejayaan ini,makin byk jemputan yang diterima oleh kumpulan ini sehingga terpaksa melepaskan tanggungjawab sbg Kumpulan Nasyid sekolah kepada adik2 junior.Oleh sebab kumpulan ini makin diterima oleh masyarakat Kelantan,One NurFantz mencadangkan nama Shoutul Muhammadi ditukar kepada NurFantz.Nama ini di ilhamkan oleh Ust Zul.Akhirnya tertubuh la nama Nurfantz.
Antara persembahan yang pernah dihadiri Nurfantz ialah Konsert bersama UNIC di tumpat iaitu sbg backup singer,Konsert bersama Muadz Al-Massar di Tumpat,Konsert ambang merdeka di Tumpat dan Stadium Muhammad,Konsert bersama Devotees di Usm,persembahan2 selingan seperti majlis2 Diraja,anugerah ibu mithali 2007 n lain2.,
Walaupun group ini dah menjadi kecil,tp ukhuwah tak pernah luntur dan Nurfantz sering menjemput senior dan ahli2 lama yang lain menyertai persembahan..Dan azam NurFantz untuk 2008 ialah ingin melebarkan sayap ke luar Kelantan.
Moga2 rezeki bertambah dan moga2 dakwah ini mendapat berkat disisNya..Moga2 sahabat2 sekalian menyokong perjuangan Nurfantz.
Wsalam
